Mara hantar 99 pelajar ke universiti terbaik di Jerman
BANGI – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghantar 99 pelajar tajaannya melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di Jerman dalam bidang kejuruteraan di bawah program Young Talent Development Programme (YTP) bermula Mac ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kumpulan pelajar yang dihantar ke Jerman itu berjaya melengkapkan pengajian A-Level di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) selama setahun sembilan bulan dan memperolehi keputusan cemerlang dalam Cambridge International Examination (CIE).
Menurutnya, bermula Mac ini, pelajar terbabit akan menjalani kursus khas di pusat bahasa di Jerman selama 6 bulan.
“Mereka kemudiannya akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa universiti terkemuka di Jerman selama empat tahun dalam bidang kejuruteraan.
“Meskipun dengan pelbagai kekangan dan cabaran, inilah detik yang cukup bersejarah sekaligus membuktikan sistem pendidikan Mara bertaraf dunia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Bual Mesra dan Pra Pelepasan Pelajar Mara ke Jerman di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) di sini pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Ahli Majlis Mara, Datuk Rosni Sohar.
Mengenai program YTP pula, jelas Mahdzir, seramai 987 pelajar bagi kemasukan tahun 2020 dan 1,401 pelajar bagi kemasukan 2021 sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di seluruh dunia.
Ia termasuk universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland, Jerman, Perancis, Jepun, Rusia, Korea Selatan, Australia, Jordan dan Mesir bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
“Mara juga akan membiayai 60,000 pelajarnya di bawah skim pinjaman boleh ubah di dalam dan luar negara tahun ini.
“Mara menawarkan program bantuan pinjaman pelajaran dari pelbagai peringkat pengajian dan bidang kepada kumpulan sasar melalui program World’s Top Universities Programme (WTU).
“Selain itu, ia juga merangkumi beberapa program lain seperti Graduate Excellence Programme (GREP), Program Pembangunan Profesional (Pro-P), IPMA Excellent Students Programme (IESP) dan Mara Education Sponsorship Hybrid (MESH) serta Young Talent Development Programme (YTP),” ujar beliau.
Mara hantar 99 pelajar ke universiti terbaik di Jerman
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.