Malaysia perlu menaikkan gaji graduan
KUALA LUMPUR: Malaysia mesti menaikkan kadar gaji untuk golongan graduan serta memperbaiki hak sosial rakyat bagi memulihkan “brain drain”, kata Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.
Ketika Perbahasan Titah Diraja hari ini, Wong Chen (PH-Subang) berkata, walaupun Malaysia mempunyai indeks pembangunan manusia (HDI) tinggi, ia tidak mampu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana akibat pelbagai faktor, termasuk pemindahan graduan ke negara lain.
“Setiap tahun, kita menghasilkan graduan terbaik dari segi HDI tetapi ramai yang berpotensi dan berbakat ini pula ambil keputusan berpindah ke negara lain seperti Singapura,” katanya.
“Untuk membawa Malaysia ke tahap ‘fully developed’ seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan, kita perlu ada dasar baik untuk memastikan majoriti besar pelajar terbaik Malaysia memilih untuk belajar dan berkhidmat di Malaysia.”
Menurutnya, apa yang penting adalah untuk meningkatkan kadar pendapatan, dan beliau memberikan sebagai contoh gaji tiga hingga lima kali ganda ditawarkan di negara seperti Singapura pasti mampu menarik graduan tempatan untuk berpindah ke negara itu.
Selain itu, katanya, ada juga graduan yang meninggalkan negara ini akibat faktor politik, dengan memetik sebagai contoh isu kebebasan dan hak asasi manusia.
Menurut Wong, kira-kira 30% graduan meninggalkan Malaysia akibat faktor sosiopolitik manakala 70% lagi disebabkan faktor gaji.
Tambahnya, sekitar 1.2 juta rakyat Malaysia berpindah dan bekerja di luar negara, dengan majoriti mereka memiliki ijazah dan bertaraf profesional.
Katanya berdasarkan anggaran konservatifnya, negara kerugian hasil sebanyak RM18 bilion, dengan mengambil kira sekiranya golongan itu mempunyai pendapatan purata RM15,000 sebulan.
“Kita boleh kurangkan kadar pemindahan ini sebanyak 30% kalau kita ada sistem merit berdasarkan keperluan sosial tanpa mengira gender, kaum dan agama; laksanakan hak asasi yang baik, jangan menindas dan membuli golongan minoriti.
“Katalah kita buat semua ini mungkin 30% graduan yang tertarik untuk bekerja di negara lain akan menukar fikiran kekal di Malaysia,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.