Polis kesan pemilik akaun Tik Tok fitnah ketua balai
Polis kesan pemilik akaun Tik Tok fitnah ketua balai
Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun Tik Tok yang memuat naik sebuah video berunsur fitnah terhadap Ketua Polis Balai Seksyen 9, Shah Alam.
Video berdurasi 35 saat itu memaparkan sekumpulan anggota polis berada di dalam sebuah rumah dan tertera tulisan berwarna merah putih mendakwa polis rasuah.
‘Polis corrupt.. Sekarang masuk line property lak.. hati-hati guys kalau nak sewa rumah.. check abis-abis sapa. Sekarang ini family pun takleh caya. Kalau pengadu salah, gari je lah.. ) & ( Sri Alam Kondo Shah Alam. Lewat bayar rent sebulan. Hebatkan owner send polis beruniform.
“Senang-senang owner naikkan rental, pastu agreement taknak tunjuk kot-kot tukar owner ke, aku sempat selamat tv Samsung je lain mak pengadu rembat semua..now tidur dalam kereta’
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, video itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun bernama @marissakamal sehingga menjadi tular di laman Tik Tok.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati pemilik asal rumah berkenaan yang juga merupakan pengadu telah membuat laporan polis kerana suspek didapati enggan keluar dari kediaman itu.
“Pengadu benarkan suspek menghuni secara ihsan, sedangkan notis telah diberikan selama dua bulan untuk suspek berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Baharudin berkata, siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemilik akaun Tik Tok yang telah berpindah keluar dari rumah berkenaan.
Katanya, kes Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazimah di talian 03-55202222,” ujarnya. MG
Polis kesan pemilik akaun Tik Tok fitnah ketua balai
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin