Penduduk cemas, arus deras seperti kepala air
Penduduk cemas, arus deras seperti kepala air
MACHANG: Hampir 30 keluarga membabitkan lebih 100 mangsa berdepan detik cemas apabila arus air deras melanda yang dilihat seperti ‘kepala air’ menyebabkan penempatan mereka di Kampung Galang, Pulai Chondong, di sini, dinaiki air, awal pagi tadi.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video arus deras yang berdurasi 21 saat melanda penempatan penduduk di Pulai Chondong.
Penduduk kampung itu, Muhamad Saifudin Rasid, 31, berkata dalam kejadian jam 3.45 pagi tadi, dia bersama tujuh ahli keluarganya tidak lena tidur kerana kejadian sama pernah berlaku pada tahun 2017.
“Hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 malam semalam sehingga 12 tengah malam menyebabkan penempatan saya dinaiki air akibat limpahan air sungai dan air bukit dari kuari berdekatan.
“Saya tak sangka air naik begitu cepat dan cuaca juga tidak berubah,” katanya ketika ditemui di Kampung Galang, di sini, hari ini.
Katanya, pada jam 3.45 pagi, arus deras yang dilihat seperti ‘kepala air’ lalu di hadapan rumah dan jam 4.10 pagi air mula melimpah naik ke dalam rumah mencecah paras buku lali.
“Ketika itu, tidak dapat dibayangkan perasaan takut apabila melihat arus air sangat deras dan pada masa sama bimbang berlaku kejadian di luar jangka. Bagaimanapun, Alhamdulillah kami sekeluarga terselamat dan air surut sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi.
“Susulan arus deras ini, terdapat beberapa kesan apabila bongkah jalan pecah,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Ahmad Hamdan Ali, 42, berkata ketika kejadian, mereka enam beranak sedang tidur sehinggalah dikejutkan oleh bapa mentuanya yang tinggal bersebelahan rumahnya.
“Saya bagaikan bermimpi apabila melihat arus air yang sangat deras dan tanpa berfikir panjang saya membawa isteri dan tiga anak yang berusia lapan bulan hingga 11 tahun ke rumah saudara yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.
“Selepas menyelamatkan isteri dan anak-anak, saya kembali ke rumah dan mengalihkan pula tiga kereta yang di parkir di hadapan rumah untuk diletakkan di tempat yang selamat,” katanya. BH
Penduduk cemas, arus deras seperti kepala air
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin