Banjir Kuala Berang: 160 calon SPM dipindahkan

Banjir Kuala Berang: 160 calon SPM dipindahkan

KUALA BERANG: Seramai 160 pelajar Tingkatan Lima yang tinggal di asrama di dua buah sekolah menengah di sini yang dilanda banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Imtiaz dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah itu dipindahkan ke PPS SMK Seri Berang yang setakat ini belum dinaiki air.



“Dalam tempoh sejam sahaja air naik dengan sangat cepat sehingga ke bumbung, jadi pelajar ini dipindahkan segera ke tempat selamat,” katanya malam ini.

Beliau berkata operasi menyelamat telah digerakkan dengan dua bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wakaf Tapai serta bot pihak badan bukan kerajaan (NGO).

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac dan berakhir 29 Mac melibatkan lebih 401,000 calon.

Banjir besar di Hulu Terengganu disifatkan sebagai paling serius berlaku susulan bencana itu turut melanda kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air. FMT




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker