Ronaldo akan pergi, akui tidak punya banyak masa
MANCHESTER: Bagi kebanyakan pemain bola sepak, menghampiri usia 40 tahun waktu paling sesuai untuk bersara, namun Cristiano Ronaldo sebaliknya berminat untuk kekal bermain sehingga umurnya mencecah 50 meskipun sedar kecergasannya tidak sehebat dulu.
Kini, di usia 37 tahun, bintang Portugal dan Manchester United itu masih mahu menambah koleksi kejuaraan.
Ronaldo dikhabarkan mahu bermain sehingga umurnya 40-an dan bercita-cita menambah trofi sebelum bersara, walaupun pada masa sama mengakui tidak mempunyai banyak masa lagi untuk kekal menjadi pemain.
Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester United musim ini selepas meninggalkan Juventus, dengan meledak 15 gol dalam 29 penampilannya setakat ini.
Jumlah gol itu menunjukkan kadar jaringannya menurun, malah angka perbezaan jaringannya juga jauh berbanding tahun-tahun kemuncaknya di Madrid, iaitu sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan.
“Sukar untuk mengatakan saya tidak mahu lebih banyak (kejuaraan).
“Jika saya berada di kelab yang memberi saya peluang memenangi lebih banyak perkara, mengapa tidak, begitu juga dalam pasukan kebangsaan.
“Saya tahu saya tidak mempunyai banyak masa lagi untuk bermain, empat atau lima tahun.
“Kita akan lihat, dan saya mahu memenangi lebih banyak perkara,” katanya kepada DAZN.
Kata Ronaldo, pada usia 37 tahun dia perlu bermain dengan bijak kerana sedar kudratnya tidak sekuat dulu.
“Anda perlu bijak dan tahu bahawa usia 18, 20 atau 25 tahun tidak sama dengan 35 tahun.
“Ia memerlukan kematangan, pengalaman dan kecerdasan untuk memahami mungkin anda kehilangan beberapa perkara lain, bagi memenangi sesuatu.
“Anda perlu mempunyai keseimbangan yang betul untuk terus bersaing dan berada di tahap tertinggi.
“Ia tidak mudah tapi kelihatan seperti mudah bila melibatkan saya. Tahun demi tahun angka (umur) bercakap untuk diri saya sendiri,” katanya. – AGENSI
Ronaldo akan pergi, akui tidak punya banyak masa
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.