PRNJohor: Tak perlukan jenama ‘sexy’, bukan medan uji pasaran – Khaled

PRNJohor: Tak perlukan jenama ‘sexy’, bukan medan uji pasaran – Khaled

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berpandangan Johor telah menjadi gelanggang untuk pelbagai parti politik baharu yang terdesak bertanding dan menjadikannya sebagai medan menguji pasaran.

Namun tegas bekas Menteri Besar Johor itu, pilihan raya negeri (PRN) Johor bukanlah medan ujiannya.

“Banyak pemain baru bertanding. Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Pejuang, MUDA dan yang seangkatan semuanya ingin menjadikan Johor sebagai medan menguji pasaran.

“Semua hadir tanpa ‘projek’ yang konkrit untuk Johor. Namun PRN Johor bukan medan ujian. Bukan arena untuk mengukur penerimaan dan kebolehpasaran parti politik,” katanya di Facebooknya.

Khaled berkata, sebaliknya PRN Johor merupakan landasan untuk membina masa depan kerana tanpa agenda yang konkrit, kehadiran mereka sekadar memeriahkan demokrasi.

“Namun demokrasi tidak perlukan kemeriahan sedemikian. Kepada rakyat Johor, pilihlah agenda dan projek politik yang konkrit, bukan sekadar usia dan jenama yang ‘sexy’,” katanya.

Khaled turut mengatakan bahawa rakyat Johor tidak mudah terpedaya dengan janji sekadar halwa telinga.

Katanya, ramai yang masih ingat bagaimana Pakatan Harapan (PH) hadir dengan ‘Projek Malaysia Baharu’, tetapi setelah 22 bulan, ia menjadi sebuah projek politik yang gagal.

“Johor tidak memerlukan jenama yang ‘sexy’ seperti Johor Bangkit atau RESET Johor atau pelbagai lagi. Apalagi dipisahkan antara aspirasi muda atau yang tua.

“Malaysia perlukan aspirasi bersama di sertakan dengan ‘consolidated strategy’ yang boleh menjadikan ia lebih baik, sesuai landasan yang telah dibina,” katanya.

Beliau berkata, untuk itu BN mempunyai ramuan dan pengalaman untuk Johor yang lebih baik. FMT

PRNJohor: Tak perlukan jenama ‘sexy’, bukan medan uji pasaran – Khaled


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker