Kubur saya banjir kena kencing ahli Umno jika ikut cakap Mahathir

Kubur saya banjir kena kencing ahli Umno jika ikut cakap Mahathir

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata kuburnya akan “banjir” kerana dikencing oleh ahli-ahli partinya yang marah jika dia mendengar arahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membubarkan parti.

Ketika berkemben di Parit Yaani, Johor, Zahid mendakwa dia terpaksa membayar harga yang tinggi dengan dikenakan 87 tuduhan rasuah selepas menolak membubarkan Umno dan menyertai Bersatu, yang ketika itu dipimpin oleh Mahathir sebagai pengerusi.



“Ketika itu saya baru jadi presiden Umno enam bulan. Dia suruh saya jumpa, dia suruh saya bubarkan Umno.

“Saya kata Tun, saya tidak akan bubarkan Umno. Sebab kalau saya bubarkan Umno hari ni (lepas tu) besok saya meninggal dunia, kubur saya akan banjir.

“Kenapa banjir? 3.8 juta ahli Umno akan kencing atas kubur saya.

“Kerana saya tak ikut arahan dia untuk tidak masuk Bersatu, kerana saya mempertahankan Umno, saya terpaksa membayar harga yang mahal dengan 87 pertuduhan,” katanya.



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini yang diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno, terdiri daripada Ahli Parlimen BN yang menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin selepas Langkah Sheraton ketika menggulingkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Sejak itu, hubungan yang tegang antara Umno dan Bersatu akhirnya menyaksikan calon BN dan PN bertembung di semua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, walaupun masih bersama di peringkat persekutuan.

Muhyiddin bahkan sebelum memulakan kempen rasmi mendesak pengundi Johor menolak Umno, dengan memetik “kluster mahkamah”, iaitu pemimpin yang didakwa dengan kes rasuah, termasuk Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak.

‘Jangan lupa khidmat kami’



Zahid, bagaimanapun, mengingatkan Muhyiddin bahawa dia menjadi perdana menteri menggantikan Mahathir adalah kerana sokongan 43 anggota parlimen BN, termasuk dirinya dan Najib.

“Jangan lupa. Kalau tidak ada 43 (ahli parlimen) itu jangan harap dia pernah jadi PM. Abah kau! Jangan lupa jasa kita, jangan lupa jasa pemimpin Umno yang jadi ahli parlimen termasuk ‘Bossku’ (Najib) yang dia tak suka itu pun turut memberikan akujanji kepada dia.

“Bila dia dah jadi PM orang ni kluster mahkamah, orang ni orang ni kluster mahkamah. Siapa yang jadikan kita kluster mahkamah? Boss dia dulu, perdana menteri ketujuh,” kata Zahid.

Di Parit Yaani, Mohamad Najib Samuri bertanding dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PAS Ahmad Naufal Mahfodz, calon Pejuang Mohd Ridhauddin Mohd Tahir dan calon PH Aminolhuda Hassan. Mk



Kubur saya banjir kena kencing ahli Umno jika ikut cakap Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker