Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
JOHOR BAHRU : Walaupun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dikatakan berbeza berbanding parti politik lain dan mahu membawa agenda baharu, hakikatnya mereka adalah barang recycle atau kitar semula Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana terdapat pemimpin Muda lahir daripada PH dan aktivis masyarakat, kemudiannya membentuk parti politik baharu.
Justeru, kata beliau, rakyat akan mengulangi nasib malang seperti yang dilalui selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akibat terpedaya dengan helah jika masih mengundi Muda yang masih mengekalkan pemimpin kitar semula.
“Muda menggunakan template sama, mereka datang letak calon dan label kononnya inilah pemimpin masa depan negara. Selepas itu, fokus kepada kumpulan tertentu dan tabur pelbagai janji.
“Janji macam-macam, hapus tol, hapus PTPTN dan selepas menang tidak hirau apa yang berlaku, akhirnya rakyat merana. Benda ini pernah berlaku pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini.
Pada masa sama, Nur Jazlan berkata, parti politik bertahan lama jika wujud setiakawan dan kompromi berbanding kumpulan diwujudkan oleh golongan mempunyai misi berbeza dan akhirnya berpecah kerana tiada kesatuan.
Jelas beliau, meskipun Barisan Nasional (BN) sering kali dilemparkan pelbagai tuduhan supaya dibenci rakyat, namun membuktikan berjaya membangunkan negara lebih 60 tahun atas semangat setiakawan.
“Benci UMNO tapi biarlah berpada. Jangan sampai sikap ini kita lupa kebaikan dan rekod pembangunan pernah dikecapi rakyat,” jelas Nur Jazlan.
Begitupun katanya, UMNO perlu melakukan perubahan drastik termasuk melakukan peremajaan parti selepas melalui episod kekalahan PRU14.
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib
You must be logged in to post a comment.