Bekalan Makanan Makin Kurang, Tiada Bot Dibenarkan Keluar-Pelancong Pulau Perhentian
Kira-kira 400 orang pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak Rabu lalu susulan keadaan angin kencang dan ombak besar yang melanda pulau peranginan itu.
Lebih membimbangkan, bekalan makanan dikatakan semakin berkurang apabila tiada bot dibenarkan berlabuh mahupun keluar daripada pulau terbabit atas faktor keselamatan.
Astro AWANI menghubungi salah seorang pelancong, Muhammad Hafizuddin Mohd Sanip yang berada di pulau terbabit sejak Rabu lalu.
Namun, katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak membenarkan sebarang aktiviti bot dan menyebabkan beliau dan rakannya yang lain terkandas.
“Saya sepatutnya pulang Jumaat pagi, tetapi memandangkan cuaca (buruk), saya dah menunggu di jeti (Pulau Perhentian Kecil) pun sebenarnya untuk balik ke Kuala Besut, tetapi minit akhir dimaklumkan APMM tidak membenarkan mengambil penumpang atau pelancong daripada jeti Coral Bay Pulau Perhentian Kecil kerana keadaan laut tidak mengizinkan.
“Keadaan kami di sini agak rumit kerana bekalan makanan dilaporkan semakin sedikit kerana tiada bekalan makanan atau bot dibenarkan masuk,” jelasnya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Muhammad Hafizuddin, cuaca di pulau terbabit masih hujan sekali gus membimbangkan keselamatannya dan rakan-rakan yang lain.
Malah, jelasnya sebarang aktiviti di pantai juga tidak dibenarkan kerana ombak yang kuat turut membadai kawasan gerai yang berada di tepi pantai.
“Cuaca sangat buruk, kami baru sahaja mengalami cuaca hujan lebih 24 jam di pulau ini sejak Jumaat sampai tengah malam tadi.
“Cuaca masih gelap, kemungkinan hujan akan turun kejap lagi. Saya tidak pasti apa akan berlaku selepas ini,” katanya lagi.
Menceritakan detik cemas sepanjang perjalanannya dari jeti Kuala Besut ke pulau berkenaan, jelas Muhammad Hafizuddin beliau sudah menjangkakan seolah-olah sesuatu tidak kena apabila bot dinaikinya dihayunkan ombak tinggi di tengah laut.
“Kami tidak dimaklumkan tentang akan berlaku ombak besar di Pulau Perhentian sebab sewaktu dalam perjalanan kami mengalami detik cemas di mana bot kami berhayun sangat tinggi… jadi ramai sangat panik.
“Apabila tiba di pulau ternyata jangkaan kami tepat di mana pantai-pantai di Pulau Perhentian Kecil terutama di Long Beach, ombak telah bergerak hampir ke gerai di sekitar persisir pantai,” jelasnya.
Ujarnya, ketika ini beliau dan pelancong lain yang terkandas buntu, malah keadaan di pulau itu tidak teratur sekali gus mencetuskan rasa panik dalam kalangan mereka.
“Jadi keadaan di sini sangat tidak teratur dan mungkin penduduk juga tidak menjangka situasi ini dan agensi tidak memaklumkan kepada kami apa yang berlaku di sini.
“Mungkin kalau kami dimaklumkan lebih awal, mungkin ramai akan menarik balik. Ramai kanak-kanak dan warga emas di sini tidak tahu apa akan berlaku seterusnya.
“Kalau nak kata boleh balik esok pagi pun belum tentu boleh, kalau nak kata balik petang ini pun cuaca dah gelap nak hujan. Jadi kami pun tak tahu apa akan berlaku seterusnya,” luahnya lagi.
Tambah Hafizuddin, apa yang diharapkan ketika ini agar pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan makanan kepada pelancong yang terkandas untuk memastikan setiap mangsa berada dalam keadaan baik-AA
Bekalan Makanan Makin Kurang, Tiada Bot Dibenarkan Keluar-Pelancong Pulau Perhentian
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19
You must be logged in to post a comment.