Banjir amat luar biasa, Pasir Mas perlukan bot
PASIR MAS – Bot dan lori menjadi kenderaan utama yang diperlukan oleh anggota pasukan penyelamat dalam memudahkan tugasan memindahkan mangsa banjir di jajahan ini ekoran limpahan air yang luar biasa.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, situasi itu dapat dilihat khususnya di Rantau Panjang apabila jalan masuk ke kawasan kampung sudah ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter.
“Tren banjir di Pasir Mas semakin menaik ekoran hujan berterusan ketika ini. Ianya dapat dilihat apabila seramai 3,433 mangsa banjir telah ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan banjir (PPS).
“Rantau Panjang paling teruk terjejas apabila 11 buah PPS telah dibuka di kawasan berkenaan setakat ini,” katanya kepada pemberita semasa turun padang meninjau situasi terkini banjir di Rantau Panjang pada Ahad.
Menurutnya, hasil tinjauan yang dilakukan ada sesetengah kawasan hanya sesuai menggunakan lori untuk menyelamat begitu juga dengan bot.
Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah meminta bantuan dari Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan agensi lain dalam menjayakan penugasan ini.
Mohd Nasaruddin berkata, segala aset seperti bot dan lori yang ada telah digerakkan bagi melaksanakan tugas menyelamat.
“Peningkatan mangsa banjir kali ini dilihat lebih ketara berbanding tahun lalu iaitu pada 18 hingga 22 Disember lalu di keseluruhan Pasir Mas hanya 11 PPS sahaja dibuka dan jumlah mangsa hanyalah 2,336.
“Namun sebaliknya berlaku kali ini apabila jumlah peningkatan mangsa banjir agak ketara,” katanya.
Menurutnya, sebanyak tujuh jalan telah ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Bunga Raya; jalan Sekolah Cina, jalan Gual Tok Deh, jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, jalan Balai Polis Jeram Perdah, jalan Bukit Tuku-Batu Hampar dan jalan Banggol Kulim.
Banjir amat luar biasa, Pasir Mas perlukan bot
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion