Askar Ukraine Dijulang Wira Negara Letupkan Diri Halang Kemaraan Rusia

Askar Ukraine Dijulang Wira Negara Letupkan Diri Halang Kemaraan Rusia

KIEV – Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara kerana sanggup berkorban dengan meletupkan dirinya bagi memusnahkan sebuah jambatan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Vitaly Skakun Volodymyrovych yang merupakan seorang jurutera tentera secara sukarela melakukan misi berbahaya iaitu memasang periuk api pada sebuah jambatan di Henichesk, dalam wilayah Kherson.

Lokasi itu merupakan kedudukan strategik yang menghubungkan wilayah Crimea yang ditakluki Rusia dengan tanah besar Ukraine.

Ketika bala tentera Vladimir Putin mara ke arahnya, Volodymyrovych sedar bahawa dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasang fius dan berlari menyelamatkan diri.

“Jambatan itu dipenuhi dengan periuk api dan dia tidak sempat melarikan diri dari situ.

“Menurut anggota sepasukan, Volodymyrovych memberitahu mereka bahawa dia akan meletupkan jambatan. Sejurus selepas itu, jambatan tersebut meletup,” kata jeneral tentera.

Ia juga memberi peluang kepada unit-unit tentera Ukraine untuk berkumpul semula dan menyusun semula pertahanan mereka, kata tentera Ukraine. – AGENSI

Askar Ukraine Dijulang Wira Negara Letupkan Diri Halang Kemaraan Rusia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker