Abang VIVA Bersiap Bantu Mangsa Banjir Terengganu, Bawa Bot Guna Pikap
Abang VIVA Bersiap Bantu Mangsa Banjir Terengganu Bawa Bot Guna Pikap
Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ Azwan Omar, dipercayai sudah memulakan usahanya secara peribadi membantu mangsa banjir di Terengganu.
Satu tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Farah Rusdi, kira-kira enam jam yang lalu, menunjukkan perbualan Azwan, 30, dengan seorang pengguna media sosial, di mana sukarelawan itu memberitahu beliau sedang membuat persiapan untuk ke Pantai Timur.
“Sudah baca, terima kasih atas maklumat (mengenai banjir di Terengganu). Saya pun tengah bersiap (untuk ke sana),” katanya.
Pengguna media sosial itu kemudian membalas dengan ucapan terima kasih dan mendoakan keselamatan perjalanan Azwan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian di Facebook miliknya kira-kira jam 7 malam, hanya memuat naik status ringkas tanpa sebarang gambar dengan menulis ‘Bismillah..’, sekali gus memberi bayangan seolah-olah beliau sudah memulakan pergerakannya membantu mangsa banjir.
Azwan mula mendapat perhatian ketika menjalankan khidmat sukarelawannya membantu mangsa banjir di Selangor, pada Disember lalu.
Kisahnya Azwan mendapat perhatian rakyat Malaysia berikutan sanggup bergerak dari Melaka bagi membantu mangsa banjir di Selangor menggunakan Perodua Viva dan sebuah bot yang dibawa di atas bumbung keretanya dan hanya berbekalkan RM50, dengan RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta dan RM30 bagi membeli makanan untuk mengalas perut.
Kegigihannya itu, menarik perhatian seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan, yang tampil menyumbang sebuah pikap Mitsubishi Triton bagi membantu pemuda terbabit dalam kerja-kerja sukarela yang dilakukannya.
Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sebanyak 52 kes banjir direkodkan antara 23 Februari lalu hingga hari ini, dengan 25 kes di Terengganu dan 21 di Kelantan, selain enam kes banjir kilat di Selangor.
Lima daerah di Terengganu direkodkan terkesan dengan banjir monsun ketika ini, iaitu Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu, manakala Kelantan merekodkan empat daerah dilanda banjir iaitu Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pasir Mas-BH
Abang VIVA Bersiap Bantu Mangsa Banjir Terengganu Bawa Bot Guna Pikap
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin