PM mahu urusan rasmi kerajaan di luar negara kini guna Bahasa Melayu
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata bahasa Melayu akan digunakan bagi setiap urusan rasmi kerajaan termasuk lawatan kerja di luar negara bagi memperkasa bahasa kebangsaan.
Ismail berkata, dengan peralatan canggih dan moden ketika ini, tidak timbul isu lewat pengalihan bahasa dalam penyampaian bagi urusan rasmi.
Katanya, arahan ini terpakai kepada semua pegawai kerajaan yang berurusan di luar negara bagi acara rasmi.
“Sudah tiba masanya kita perkasakan bahasa kita sendiri. Tidak ada sebab kenapa kita rasa janggal berbahasa Melayu di luar negara.
“Orang lain boleh berbangga dengan bahasa masing-masing, terutama negara Asean ini ramai penduduk boleh berbahasa Melayu jadi tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh dan malu guna bahasa kita,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja tiga hari ke Thailand.
Dalam lawatan kerja ke negara Gajah Putih itu, Ismail berkata beliau menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian rasmi.
“Sebagai contoh di Thailand, mereka bercakap bahasa Thailand dan ia diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Jika kita cakap bahasa Inggeris, ia perlu diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Jadi bagi saya lebih elok kita guna bahasa Melayu.
“Tidak ada isu lewat untuk mengalih bahasa tersebut. Dengan peralatan moden sekarang ni apa kita cakap dia akan alih suara serta-merta. Jadi tidak timbul gangguan lewat atau sebagainya,” katanya.
Lawatan tiga hari itu, adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa Asean memadangkan majoriti negara Asean boleh berbahasa Melayu.
“Mungkin satu hari nanti, kita boleh lihat bahasa Melayu sebagai bahasa Asean kerana Indonesia, Brunei, selatan Thailand, selatan Filipina, melayu Kemboja semua boleh berbahasa Melayu,” katanya.
Dalam perkara berasingan, Ismail berkata seramai 13 rakyat Malaysia termasuk kakitangan diplomat dan pelajar, telah meninggalkan Ukraine minggu lalu susulan perang tercetus antara negara itu dan Rusia.
PM mahu urusan rasmi kerajaan di luar negara kini guna Bahasa Melayu
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.