Ismail Sabri gesa konflik Rusia-Ukraine diselesaikan segara
Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat supaya segera menyelesaikan konflik yang berlaku di Ukraine agar dapat mengurangkan dan mencegah kehilangan nyawa serta kemusnahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada saat genting ini, setiap usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian konflik secara aman dan damai melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Malaysia amat prihatin terhadap peningkatan konflik di Ukraine dan sangat menggesa semua pihak yang berkenaan untuk segera mengambil langkah untuk mengurangkan dan mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan.
“Malaysia akan terus menyokong usaha tersebut demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta sebagai menggalakkan kemakmuran yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB perlu melaksanakan tugas utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan, Kedutaan Malaysia di Kiev kini sedang melaksanakan pemindahan baki lapan warganegara Malaysia dan dua daripada mereka tanggungan asing dari Kiev.
“Tiga belas daripada warganegara kita sudah pun meninggalkan Ukraine dalam beberapa minggu lalu,” ujarnya.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib
You must be logged in to post a comment.