Hujan lebat diramal berterusan selama 7 hari
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan iaitu hujan lebat bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 5 Mac ini melibatkan beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini berkata, ramalan tersebut berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).
Tambahnya, berdasarkan analisis yang dilakukan, luruan monsun berserta satu sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan telah memasuki sempadan negeri Pahang dan Terengganu ketika ini dan bergerak merentasi Semenanjung menuju utara Selat Melaka.
Situasi ini menyebabkan berlakunya keadaan hujan lebat berterusan di sekitar negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.
MetMalaysia menjangkakan cuaca di negara akan kembali baik menjelang 28 Februari ini.
Katanya lagi, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan utara Sarawak serta barat dan timur negeri Sabah pada sebelah petang hingga awal malam.
Sementara itu, MetMalaysia kekal mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga untuk aktiviti perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 28 Februari 2022
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib
You must be logged in to post a comment.