Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
PORT DICKSON – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan pertembungan yang berlaku antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, pertembungan sebegitu tidak seharusnya berlaku kerana Pakatan Harapan (PH) telah membentuk kerjasama dengan Muda dan ia tidak berlaku antara rakan komponen PH.
“Dengan PH tiada masalah, kita runding dalam mesyuarat dan akhirnya patuh pada semangat setiakawan, ini tidak berlaku di Larkin.
“Atas apa berlaku (pertembungan PKR dan Muda), saya tentunya dukacita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Santai Petang Belia di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini pada Sabtu.
Ditanya adakah pertembungan itu akan memberi kesan kepada undi PKR, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, rakyat harus menilai kedudukan sebenarnya.
Jelas beliau, negara memerlukan satu pembangkang yang kuat dan konsisten serta tidak boleh disogok dan dibeli.
“Setakat ini kita bekerja untuk kawasan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara(Amanah),” katanya menjawab sama ada PKR akan memikirkan semula hubungannya dengan Muda.
Sebelum ini media melaporkan Muda menyatakan minatnya untuk bekerjasama bersama gabungan PH dan ia direalisasikan apabila DAP dan Amanah bersetuju menyerahkan beberapa kerusi ditandingi kepada parti berkenaan.
Bagaimanapun, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Ketua Penerangan parti itu, Rasid Abu Bakar sebagai calon Muda bagi DUN Larkin sebelum penamaan calon.
DUN Larkin akan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon daripada PKR, Muda, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.
Ia juga merupakan satu-satunya DUN ditandingi PKR dan Muda yang merupakan gabungan dan rakan strategik PH.
Berkenaan calon Menteri Besar PH pula, Anwar berkata, ia masih belum diputuskan kerana apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan kemenangan PH pada PRN Johor.
“Ada perbincangan awal, tapi belum ada apa-apa yg serius.
“Baru-baru ini kita bincang pembahagian kerusi dan strategi bersama di antara PKR, DAP Amanah untuk bersama” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.