Pusat hiburan saji ‘karipap’ Thailand dan Vietnam diserbu polis
KUALA LUMPUR – Seramai lapan wanita warga Vietnam dan Thailand yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan ke atas tiga premis pusat hiburan di sekitar ibu negara di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan oleh Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan D7 JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
“Dalam serbuan sekitar jam 4.02 petang ke atas sebuah premis di Jalan Metro Perdana, Kepong pasukan D7 Kuala Lumpur menahan penjaga premis merupakan seorang lelaki tempatan dua orang wanita disyaki pelacur warga Thailand dan Vietnam.
“Serbuan seterusnya di Taman Usahawan, Kepong sekitar jam 5 petang oleh D7 IPD Sentul telah berjaya menahan seramai enam wanita Vietnam disyaki pelacur dan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis,”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, 13 individu dikompaun RM13,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan lebih kurang jam 10.30 malam di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini.
“Seramai lapan lelaki tempatan dan empat wanita tempatan dikenakan kompaun berjumlah RM13,000 manakala pengurus premis tersebut ditahan,”katanya.
Katanya, polis turut merampas barang kes termasuk gel pelincir, minyak bayi, telefon bimbit, kondom, tuala mandi, jadual kerja, peralatan audio, resit perniagaan dan wang tunai berjumlah RM630 dalam serbuan tersebut.
Menurutnya, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan termasuk di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan, 372B Kanun Keseksaan Seksyen,6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Peraturan Imigresen.
Sementara itu di KEPONG, sepasukan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan IPD Sentul membongkar kegiatan persundalan di sebalik premis urut.
Serbuan di premis yang menawarkan kegiatan seks kira-kira jam 12.30 tengah hari itu hasil pemantauan dijalankan selama sebulan.
DBKL dalam kenyataan berkata, enam wanita warga Vietnam berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan.
“Turut ditahan dua lelaki disyaki pelanggan di premis terbabit.
“Sejumlah 210 paket kondom ditemui di premis terbabit selain rampasan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan invois pelanggan,” katanya pada Jumaat.
Tambah DBKL, pihaknya mengambil tindakan tutup premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Katanya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan tidak berlesen yang menjalankan aktiviti tidak bermoral akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL.
“Keprihatinan dan kerjasama warga kota untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aduan melalui dalam talian di https://adukl.dbkl.gov.my adalah amat dialu-alukan,” katanya.
Pusat hiburan saji ‘karipap’ Thailand dan Vietnam diserbu polis
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19