Hadi kata dapat sokongan pengundi UMNO di Johor, mimpi sahajalah
PAS menjangkakan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) akan mendapat sokongan daripada ahli tertentu dalam Umno Johor.
Presidennya Abdul Hadi Awang pengundi tersebut terdiri daripada ahli dan penyokong Umno yang memprotes kepemimpinan parti sekarang serta mereka yang mesra dengan PAS.
Kata ahli parlimen Marang itu lagi, PAS memang bergantung pada segmen pengundi tersebut serta beberapa segmen lain dalam PRN yang akan berlangsung 12 Mac ini.
“Kita lihat, undi kita bergantung kepada mereka yang pertamanya ialah (pengundi) Umno yang mesra kita; kedua, Umno yang protes terhadap pimpinan dia.
“Dan (ketiga) mereka yang tidak lagi mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana (berasa) ditipu dalam pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya di Rusila seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Kenyataan Abdul Hadi itu dibuat selang sehari selepas Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyeru pemimpin parti itu dan Umno berhenti menyerang sesama sendiri untuk PRN Johor ini.
Hashim berkata dia berharap semangat Muafakat Nasional (MN) yang terbina sebelum ini dipertahankan demi “kepentingan ummah” pada masa hadapan.
“Fikir panjang, kita ke hadapan, kita perlu berpadu. Kalau ada sedikit terluka, (kita) lupakan,”
Sebelum ini Abdul Hadi menganggap Umno sebagai itik yang patah kaki selepas kalah dalam PRU ke-14 lalu dan dirawat oleh PAS namun “tidak bermoral” kerana mahu meninggalkan mereka selepas pulih.
Duta khas bertaraf menteri itu juga mendakwa bukan semua ahli dan pemimpin Umno begitu, sebaliknya hanya sebahagian saja, namun dia tidak menjelaskan kenyataan tersebut secara khusus.
Di Johor PN bertanding di kesemua 56 kerusi, dengan Bersatu meletak calon di 33 kerusi, PAS 15 kerusi dan Gerakan lapan kerusi.
Akan ada tindakan lain
Umno pula bertanding di 37 kerusi, manakala baki kerusi ditandingi komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA 15 kerusi dan MIC empat.
PRN Johor ditetapkan berlangsung setelah menteri besar Hasni Mohammad mendapat perkenan istana untuk membubarkan DUN, yang menyaksikan kerajaan negeri diterajui Umno (bersama Bersatu, MCA dan PAS) hanya memiliki lebihan satu kerusi sahaja berbanding PH setelah seorang Adun Umno meninggal dunia.
Abdul Hadi berkata dia berpuas hati dengan pembahagian kerusi di Johor, dan dapat melihat momentum sokongan lebih berpihak kepada PN berdasarkan peningkatan undi dicatat gabungan itu dalam PRN Sabah, Melaka dan Sarawak.
“Kita harap momentum di Johor pun sama. Kita usaha seberapa banyak untuk menang, ” katanya.
Begitupun, kata Abdul Hadi, PAS tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno meskipun wujud perbezaan pendapat antara mereka, bahkan berharap kerjasama yang terjalin terus utuh.
Katanya, dalam politik, tidak ada hal yang mustahil.
Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku, kata Abdul Hadi, dia memberikan bayangan yang PAS sudah bersedia dengan rancangan alternatif.
“Kita kerjasama dengan orang yang boleh kita kerjasama (iaitu) kerjasama yang adil, kerjasama yang baik dan tema kita ialah memilih wakil rakyat yang bersih daripada rasuah dan salah laku.
“Kita mengajak kepada perpaduan ummah dan harap begitu (kerjasama PAS dan Umno) berlarutan sehingga PRU.
“Kalau berlaku lain (sebaliknya), ada tindakan lain,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.