Bertarung Nyawa! Punca Angin Kencang, Pekerja Terpaksa Berpaut, Gondola Bergoyang [VIDEO]

Bertarung Nyawa! Punca Angin Kencang, Pekerja Terpaksa Berpaut, Gondola Bergoyang [VIDEO]

PEKERJA gondola di Kuala Lumpur berhadapan detik cemas apabila alat pengangkat yang dinaiki itu bergoyang di udara susulan terlepas daripada tali penambatnya yang disebabkan angin kencang pada petang Selasa.

Video yang tular di media sosial itu memaparkan gondola berkenaan bergoyang di ruang udara dan beberapa kali terlanggar binaan Menara TS Law.

Pekerja yang berada di atasnya dilihat berpaut erat pada besi pemegang gondola.



Pada waktu sama, perakam video menjerit ‘hujan akan turun, lari cepat, kenapa masih tidak turun. Adakah mahu mati?’

Sementara itu, satu lagi video yang tular berkaitan insiden tersebut menunjukkan pekerja terlibat memanjat gondola selepas alat pengangkat itu berhenti berhampiran bangunan.

VIDEO DIBAWAH:-

Menurut komander operasi Junain Bahau, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 3.56 petang.

“Hasil maklumat diterima daripada wakil pemaju tapak pembinaan, mangsa yang didapati tersangkut di gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.



“Tiada tindakan daripada pasukan bomba di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. – The star 

Bertarung Nyawa! Punca Angin Kencang, Pekerja Terpaksa Berpaut, Gondola Bergoyang [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker