Wanita lahir anak pada usia 24, 25 tahun hidup lebih lama

SEOUL – Satu kajian baharu mendapati bahawa wanita yang melahirkan anak ketika berusia 24 atau 25 tahun cenderung untuk hidup lebih lama, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian dijalankan pasukan penyelidik dari Universiti Seoul itu dilakukan ke atas lebih 4,000 wanita di Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa wanita yang melahirkan anak sebelum atau selepas umur 24 dan 25 tahun adalah lima kali ganda lebih berisiko untuk mati disebabkan apa-apa keadaan dalam tempoh 18 tahun.

Trend tersebut didapati bercorak ‘U’, di mana risiko adalah lebih besar sekiranya usia melahirkan anak lebih jauh dari 24 atau 25 tahun.

Penyelidik berkata, ibu-ibu yang amat muda berisiko mengalami penyakit mental dan fizikal, manakala cabaran untuk melahirkan dan membesarkan anak adalah lebih sukar bagi ibu yang lebih berusia.

“Ibu-ibu muda mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik, berkemungkinan disebabkan oleh masalah sosioekonomi.

“Bagi ibu-ibu lebih berusia pula, mereka mengalami kesukaran untuk pulih daripada gejala-gejala kehamilan dan kelahiran anak berbanding ibu muda. Otot-otot mereka juga mungkin sukar berfungsi seperti sebelumnya,” kata pakar epidemiologi dari Universiti Seoul, Profesor Sang-shin Park.

Tambah Sang-shin, ibu-ibu lebih berusia juga mengalami kesukaran untuk bersenam dan mengekalkan kesihatan yang baik ketika bergelut antara kerjaya dan anak.

“Rutin harian yang sibuk juga memberi kekangan untuk bersenam, lantas membawa kepada masalah obesiti. Tekanan akibat bekerja sambil menjaga anak juga boleh menaikkan tekanan darah,” jelasnya. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker