Usaha Malaysia Bawa Keluar 11 Rakyat Dari Ukraine

Usaha Malaysia Bawa Keluar 11 Rakyat Dari Ukraine

Usaha membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Ukraine sedang digerakkan walaupun situasi di Kiev tidak begitu meruncing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Wisma Putra telah menghubungi kesemua 11 rakyat Malaysia di negara itu dan mendapati mereka berada dalam keadaan selamat.

“Di Ukraine ketika ini terdapat 11 rakyat Malaysia iaitu lapan di Kiev, manakala tiga lagi di luar ibu negara.
“Wisma Putra juga telah pun menghubungi mereka, dan proses membawa keluar juga telahpun dilaksanakan.

“Jadi rakyat kita dalam keadaan selamat dan saya ingin maklumkan bahawa kepentingan rakyat kita menjadi perkara utama, jadi disebabkan itulah kita ambil tindakan segera.

“Tindakan ini diambil walaupun situasi di Kiev tidaklah begitu meruncing sangat setakat ini namun, kita dah keluarkan rakyat kita dari Ukraine,” ujarnya dalam satu sidang media di Kemboja pada Khamis.

https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1496802878651990016

Dalam pada itu, Ismail Sabri menambah bahawa negara-negara ASEAN tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat susulan krisis Rusia dan Ukraine kerana ia perlu dibuat secara konsensus.

“Malaysia bersetuju ASEAN sebuah pertubuhan negara negara bebas, kita tidak mencampuri urusan negara luar, PM Kemboja, Hun Sen juga bersetuju kita tidak akan membuat sebarang kenyataan.

“Ia melainkan negara-negara ASEAN buat perbincangan dan memutuskan secara konsensus untuk mengeluarkan kenyataan bersama.

“Selagi tidak ada keputusan konsensus ASEAN, selagi itulah kita tidak membuat sebarang kenyataan atas nama ASEAN.

“Ia meskipun Hun Sen merupakan Pengerusi ASEAN 2022, beliau masih perlu berunding dengan negara ASEAN-AA

Usaha Malaysia Bawa Keluar 11 Rakyat Dari Ukraine

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker