Tuan Guru ‘melompat’ kesal
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kesal Perlembagaan tidak ditafsirkan mengikut kefahaman Islam sehingga agama yang berada di bawah naungan Raja-raja “tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia”.
Beliau berkata demikian susulan kontroversi pengislaman tiga kanak-kanak tanpa kebenaran ibu mereka oleh Jabatan Agama Islam Perlis yang dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018.
“Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan Raja-raja melalui pentadbiran khusus, yang dinamakan Majlis Agama Islam tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.
“Bahkan hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya,” kata Hadi dalam Harakahdaily.
“Lebih malang lagi, perkara tersebut melibatkan individu yang beragama Islam disebabkan mereka mengikut buku perlembagaan yang ditulis sebegitu rupa.
“Hal ini demikian kerana perkataan agama dan Islam ditafsirkan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan istilah ‘religion’, bukan dengan makna ‘al-din’ mengikut bahasa al-Quran,” tambah beliau.
Hadi tidak merujuk secara langsung kepada kes pengislaman tiga kanak-kanak bawah umur itu yang dilakukan dengan hanya kebenaran ayah mereka oleh pihak berkuasa Islam Perlis.
Ibu mereka, Loh Siew Hong, yang bukan beragama Islam, membantah tindakan itu.
Awal minggu ini beliau memperolehi perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk hak penjagaan penuh pasangan kembar perempuan berumur 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahunnya.
Beliau juga dilaporkan mungkin mengambil tindakan undang-undang lanjut untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya itu dengan menggunakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membabitkan kes Indira Gandhi.
Dalam kes tersebut, mahkamah tertinggi negara itu menetapkan bahawa kebenaran kedua-dua ibu dan bapa adalah wajib untuk menukar agama anak mereka kepada Islam.
Bagaimanapun Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan bahawa pengislaman tiga kanak-kanak itu sah di sisi undang-undang syariah negeri itu yang hanya memerlukan kebenaran ibu atau bapa, bukan kedua-duanya.
Hadi berkata, walaupun perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, ia masih ditafsirkan berdasarkan bahasa Inggeris, walaupun dalam hal yang melibatkan kepentingan Muslim.
“Walaupun teks asal perlembagaan tersebut (adalah) dalam bahasa Inggeris, namun apabila kita telah mencapai kemerdekaan sepatutnya terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsirkannya dengan bahasa kita mengikut kefahaman agama yang kita anuti,” kata Hadi.
Dalam pada itu, Hadi juga menegaskan “Islam wajib dimuliakan mengatasi segala agama, ideologi dan ajaran yang lain, sehingga Islam berkuasa memerintah dalam sebuah negara berdaulat”.
“Bahkan juga dalam seluruh kehidupan manusia dan segala urusannya kerana hanya Islam adil untuk semua,” kata beliau.
Hadi memuji beberapa hakim lalu seperti Salleh Abbas, Ahmad Fairuz Abdul Halim dan Hashim Yeop Abdullah Sani yang “memahami” apa yang tersirat dalam perlembagaan dan mentafsirkannya dengan “fikiran yang merdeka daripada perlembagaan yang dibelenggu atau digari oleh penjajah”.
“Akan tetapi kepada mereka yang jahil atau terlepas pandang terhadap perkara tersebut, perlulah menyedari betapa bahaya dunia dan akhiratnya apabila mereka melangkah kekuasaan Allah,” kata beliau.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19