Pekerja syarikat kurier maut kemalangan dengan lori

Pekerja syarikat kurier maut kemalangan dengan lori

MERSING – Seorang pekerja syarikat kurier maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan di kilometer 8 Jalan Nitar- Mersing petang tadi.

Difahamkan mangsa, Muhammad Luqman Hakim, 24, dalam perjalanan untuk menghantar barang di Felda Nitar dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu.



Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dari syarikat kurier yang sama.

Katanya hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori jenis Hino dipandu seorang lelaki dari Felda Nitar dalam perjalanan hendak menuju ke Bandar Mersing.

“Setiba di lokasi kejadian lori dipandu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan dilanggar motosikal jenis Yamaha LC 135 ditunggang mangsa.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal berasal dari Mersing mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.



“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh paramedik Hospital Mersing,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes tersebut diklasifikasi bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K Online

Pekerja syarikat kurier maut kemalangan dengan lori


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker