Mufti tegaskan golongan kayangan tidak wajar terima subsidi haji
Golongan yang berkemampuan dari segi kewangan tidak wajar menerima subsidi daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, golongan berkenaan perlu memberi laluan kepada mereka yang tidak berkemampuan supaya memiliki perbelanjaan yang cukup untuk mengerjakan ibadat tersebut.
“Menerima subsidi Tabung Haji bagi golongan yang berada adalah haram dan termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara batil yang dilarang di dalam syariat.
“Ini kerana subsidi pada asalnya diwujudkan dengan tujuan membantu golongan miskin untuk menunaikan haji,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan Tabung Haji boleh menjimatkan kos subsidi haji sehingga lebih RM350 juta setahun sekiranya mengambil langkah memperkenal mekanisme subsidi haji secara bersasar.
Dengan penjimatan sebesar itu, Tabung Haji boleh memberikan pulangan sama ada dalam bentuk dividen atau hibah yang lebih tinggi kepada para pendepositnya.
Menurut Wan Salim, atas dasar tolong menolong antara sesama umat Islam, amat wajar diberi keutamaan kepada golongan kurang berada supaya mereka juga berpeluang menunaikan ibadat haji menerusi bantuan subsidi.
Dalam pada itu, katanya, dari segi hukum dan syarat untuk menunaikan haji pula, berdasarkan kepada firman Allah SWT, ibadat itu hanya diwajibkan sekali seumur hidup ke atas sesiapa yang berkemampuan.
“Mereka yang berkemampuan adalah orang yang sihat fizikalnya, cukup bekalan termasuk tambang kenderaan pergi dan balik serta perbelanjaan sepanjang tempoh berada di tanah suci.
“Begitu juga seseorang yang ingin menunaikan ibadat ini dikehendaki memastikan perbelanjaan mencukupi untuk ahli-ahli keluarganya yang ditinggalkan dalam tempoh pemergiannya ke Tanah Suci, juga segala hutangnya telah dilangsaikan,” katanya.
Tambahnya, seseorang yang sakit boleh menangguhkan dahulu ibadah berkenaan sehingga sihat kembali.
“Tetapi bagi yang tidak ada harapan akan sembuh, maka dia bolehlah mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihaknya dengan cara memberi upah kepada orang itu sejumlah bayaran yang dipersetujui bersama,” katanya.
Golongan kayangan tidak wajar terima subsidi haji
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19