Liverpool naik ‘gila’ belasah Leed 6-0

GERGASI Inggeris, Liverpool mendapat tonik semangat menjelang perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea di Stadium Wembley awal pagi Isnin ini apabila membelasah Leeds United 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Kemenangan ke-18 liga luar biasa anak buah Jurgen Klopp itu juga menyaksikan kelab Merseyside itu terus menghimpit pendahulu yang juga penyandang juara Manchester City kepada tiga mata selepas kedua-dua dilihat serius merebut kejuaraan liga melengkapkan perlawanan ke-26 masing-masing.

Pada perlawanan itu, Mohamed Salah (15′, 35′) dan Sadio Mane (80′, 90′) masing-masing menjaringkan dua gol manakala Joel Matip (30′) serta Virgil van Dijk (93′) turut tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring.

Sementara itu, Tottenham Hotspur terus mempamerkan persembahan turun naik dalam saingan liga di bawah kendalian Antonio Conte selepas mencipta kejutan menewaskan Manchester City di Stadium Etihad minggu lalu apabila tunduk mengalah 1-0 kepada kelab tiga kelompok bawahan Burnley.

Aksi di Turf Moor itu menyaksikan pemain pertahanan tuan rumah berusia 32 tahun Ben Mee menghadirkan kekalahan kesembilan kelab sensasi London tersebut selepas mengharungi 24 perlawanan untuk berada di kedudukan kelapan liga.

Liverpool naik ‘gila’ belasah Leed 6-0


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker