KJ tegaskan tiada satu kematian berpunca dari vaksin Covid-19
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan tiada satu kes kematian selepas vaksinasi Covid-19 berpunca daripada vaksin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semua keputusan yang diputuskan adalah berpandukan kepada siasatan teknikal, saintifik dan klinik.
Katanya, pihak kementerian mengakui terdapat banyak laporan secara rasmi atau laporan melalui media tetapi sebenarnya tidak dibuat melalui saluran rasmi.
“Saya mahu tegaskan melalui data KKM, setiap hari terdapat 90 hingga 120 kes strok berlaku sebelum pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 maka jumlah itu menjadi penanda aras bagi penyakit itu.
“Apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, sudah pasti ada kes strok yang sebenarnya tiada kaitan dengan vaksinasi kerana KKM sudah ada penanda aras,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Khairy Jamaluddin berkata, apabila sesuatu kesan serius berlaku selepas vaksinasi maka sangatlah penting, siasatan dilakukan melibatkan bedah siasat, analisas makmal melibatkan sampel tisu dan darah.
Katanya, apabila siasatan dibuat maka sesuatu punca itu dapat dikenal pasti sama ada ia akibat vaksin ataupun perkara lain.
“Atas faktor ini jugalah, sesiapa sahaja tidak bolehlah mendakwa seseorang itu mengalami strok kerana vaksinasi.
“Kami di kementerian sangat bersimpati dengan pelbagai video yang ditularkan dengan pelbagai dakwaan tetapi dengan siasatan, kita akan tahu puncanya,” katanya
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19