Kes Covid-19 meroket kepada 31,119 dengan 57 kematian
Kes Covid-19 meroket kepada 31,119 dengan 57 kematian
Sebanyak 31,199 kes jangkitan Covid-19 direkodkan semalam iaitu rekod tertinggi sejak wabak itu dikesan pada 25 Jan 2020.
Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,305,157 kes.
Kes baru tertinggi yang direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 28,825 kes iaitu pada 19 Feb 2022.
KKM juga memaklumkan sebanyak 55 kematian baru dicatatkan semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 32,488.
Kematian terbaru yang direkodkan adalah yang tertinggi sejak 21 Dis tahun lalu di mana 57 kematian direkodkan.
Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 10 diikuti Sabah (9), Johor (8), Perak (7), Kedah (4), Melaka (4), Pahang (4), Pulau Pinang (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (1) , Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Purata 20 kematian akibat wabak berkenaan dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 41 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan trend kenaikan.
Setakat ini, sebanyak 885 kematian yang berpunca daripada Covid-19 dilaporkan pada bulan ini, melebihi angka yang direkodkan pada Januari.
Kes aktif meningkat sebanyak 10,800 kepada 277,829 kes. Dalam dua minggu lepas, jumlah kes aktif meningkat daripada 94,450 kepada 277,829, iaitu peningkatan sebanyak 194.15 peratus.
Daripada jumlah kes baru semalam, sebanyak 627 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.
Daripada kes berkaitan kluster, 504 (80.4 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 72 (11.5 peratus) adalah dari tempat kerja.
Kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan pusat tahanan (38 – 6.1 peratus) dan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (13 – 2.1 peratus).
KKM mengeluarkan butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.
Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (7,798)
Sabah (3,971)
Kedah (2,684)
Pulau Pinang (2,575)
Johor (2,281)
Kuala Lumpur (2,186)
Kelantan (2,135)
Negeri Sembilan (1,998)
Pahang (1,560)
Perak (1,222)
Terengganu (773)
Melaka (600)
Labuan (499)
Sarawak (424)
Perlis (304)
Putrajaya (189)
Kes Covid-19 meroket kepada 31,119 dengan 57 kematian
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19
You must be logged in to post a comment.