Kes bayi maut, JKM sahkan taska tidak berdaftar, gagal patuhi peraturan keselamatan
SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di mana bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia pada Selasa didapati tidak berdaftar.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, taska berkenaan juga didapati tidak mematuhi peraturan- peraturan keselamatan mengenai pengasuh dan penjagaan kanak-kanak.
Menurutnya, hasil semakan mendapati pemilik taska berkenaan juga pernah membuat pra pendaftaran bagi taska dengan pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban di premis lain atas nama yang sama.
“Bagaimanapun permohonannya tidak disokong kerana tiada kelulusan daripada salah satu agensi teknikal berkaitan keselamatan kanak-kanak.
“Taska berkenaan telah ditutup pada 1 Oktober 2020 dan taska di alamat baharu (tempat kejadian) sehingga kini tidak didaftarkan dan tiada dalam pemakluman pihak JKM,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Rosnah berkata, semakan terkini juga mendapati perakuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) taska itu telah tamat pada 13 Disember 2019.
“JKM akan membuat tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Seksyen 6 dan Seksyen 20A(1), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) 1984.
“Taska ini sekarang ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.
Beliau berkata, pihak JKM juga akan menyantuni keluarga bayi tersebut dan bersedia memberikan perkhidmatan sokongan jika diperlukan.
Bayi berkenaan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri jam 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di sebuah pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada jam 12.30 tengah hari.
Menurutnya, pada jam 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
Kes bayi maut, JKM sahkan taska tidak berdaftar, gagal patuhi peraturan keselamatan
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19