Dividen 3 peratus buat pendeposit SSPN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2021 sebanyak tiga peratus kepada 5.24 juta pendepositnya.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, agihan dividen Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM206.25 juta yang memberi manfaat kepada pendeposit dalam akaun simpanan berkenaan.
Katanya, peruntukan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen sebanyak RM1.06 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan.
Kadar dividen yang diberi adalah berdasarkan pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas deposit diterima PTPTN.
Katanya, dividen diberikan masih kompetitif berbanding keuntungan akaun semasa dan simpanan tetap, malah mengambil kira mandat pelaburan PTPTN yang dibenarkan adalah terhad dalam pasaran wang dan pasaran sukuk.
“Sekiranya dilihat kadar tiga peratus ini berbanding kadar dasar semalaman yang ditetapkan Bank Negara pada tahap 1.75 peratus dan keuntungan atau kadar faedah produk simpanan ditawarkan oleh bank tempatan bagi tahun lalu antara 1.50 peratus hingga 2.20 peratus, produk Simpan SSPN ini masih menawarkan kadar pulangan yang menarik.
“Pemberian dividen pada kadar ini jelas menunjukkan Simpan SSPN tetap mempunyai daya saing berbanding produk-produk simpanan lain yang ditawarkan di pasaran.
“Hal Ini juga membuktikan Simpan SSPN amat relevan untuk penabungan dengan pemberian kadar dividen kompetitif walaupun dalam ekonomi negara tidak menentu,” katanya semasa
mengumumkan dividen Simpan SSPN dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022, di Menara PTPTN kelmarin.
Hadir sama dalam perasmian itu ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan pengurusan tertinggi PTPTN.
Dalam pada itu, kata Wan Saiful, pendepositnya akan menikmati keuntungan berganda bukan hanya tiga peratus kadar dividen, malah menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan
taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful dan geran sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
“Para pendeposit boleh membuat semakan dividen di penyata simpanan masing-masing melalui portal rasmi di www.ptptn.gov.my mulai esok (25 Februari2022),” katanya.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, PTPTN turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 pada kadar satu peratus yang disifatkan istimewa sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.
“Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.
“Ganjaran ini antara lain sangat berbaloi sebagai pulangan tambahan selain dividen tahunan. Justeru, kepada pendeposit Simpan SSPN Prime yang layak, rebutlah peluang keemasan ini,” katanya.
Kata beliau lagi, tempoh promosi bermula Selasa lalu (22Februari 2022) hingga 30 April 2022 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun
2004 hingga 31 Disember 2018
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19