Muhyiddin perlekeh MUDA terlalu muda
PRN JOHOR | Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia tidak bermaksud untuk meremehkan parti Muda tetapi menjelaskan parti itu berhadapan banyak cabaran.
“Muda terlalu muda… Syed Saddiq (Abdul Rahman) itu macam anak saya. Dulu dia dalam Armada Bersatu. Tetapi tak apa itu hak dia (Syed Saddiq)… dalam sistem demokrasi, dia nak bentuk Muda ke tua, itu hak dia.
“Tetapi yang pasti dia (Muda) tiada ahli yang ramai, sedikit sahaja.
“Cawangan dan bahagian pun tak tahu dekat mana,” katanya kepada media di Kulai, Johor hari ini.
Kata Muhyiddin, Muda dilihat masih tidak berstruktur.
“Dia (Muda) berani… dia nak menawarkan muka baru bertanding, itu terserah kepada pengundi. Saya tak nak ‘underestimate’ (pandang rendah) tetapi pastinya parti ini baru, dia tak dilihat terkesan (kerana) belum lagi ada tanda-tanda perjuangan yang nak diukur oleh rakyat.
“Jadi terserah kepada pengundi untuk memikirkan sama ada mereka ini layak atau tidak,” katanya.
Muda, sejak pendaftaran rasminya pada Disember, dilaporkan telah mempunyai kira-kira 76,000 ahli.
Bagaimanapun, parti yang lebih kukuh seperti Umno dan Bersatu mempunyai lebih ramai ahli.
Setakat tahun lalu, Bersatu mempunyai lebih 560,000 ahli manakala Umno mempunyai sekitar 3.35 juta anggota.
Muda dijangka bertanding di enam kerusi dalam pilihan raya Johor.
Muhyiddin, semasa lawatannya ke Felda Taib Andak hari ini, turut merungut mengenai sekatan ketat SOP Covid-19 terhadap kempen.
Muhyiddin berkata walaupun terdapat sedikit kelonggaran berbanding pilihan raya di Melaka, ia masih tidak mencukupi.
Sebagai contoh, dia berkata membenarkan ceramah hanya diadakan di bilik gerakan operasi pilihan raya adalah tidak praktikal.
“Agak ketat juga kerana hanya boleh berceramah di satu tempat (seperti) bilik gerakan, jadi takkan seluruh rakyat Johor nak datang situ. Contoh, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Permai dan di (kampung) Felda ini sendiri jauh.
“Tidak praktikal bagi saya sedangkan majlis-majlis sosial dibenarkan, kenduri kahwin boleh, jadi apa bezanya…Kalau satu kawasan ada 30,000 pengundi macam mana nak berhubung dengan pengundi,” katanya.
Jelasnya, dengan sekatan itu, tempoh berkempen selama dua minggu tidak mencukupi untuk memperkenalkan calon mereka.
Muhyiddin berharap SOP kesihatan dalam berkempen dapat dipertimbangkan semula.
Terdahulu, presiden Bersatu itu bertemu masyarakat Felda tempatan dan berkongsi apa yang telah dilakukan kerajaan PN untuk peneroka ketika dia menjadi perdana menteri.
Antara lain, Muhyiddin berkata kerajaannya telah memutuskan untuk melupuskan pinjaman peneroka Felda dan juga berusaha untuk memulihkan Felda.
PN dijangka mengumumkan calon pilihan raya mereka esok.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 12 Mac.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19