Alami gejala, Hishammuddin dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan

Alami gejala, Hishammuddin dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan

SHAH ALAM – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjalani tempoh isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut ciapan di Twitternya, isolasi tersebut bagi tujuan rawatan dan pemantauan memandangkan beliau mempunyai gejala akibat wabak tersebut.



“Alhamdulillah, walaupun alami gejala namun buat masa ini saya dalam keadaan baik.

“Bagi memastikan tahap kesihatan saya terus berada pada tahap memuaskan, saya telah dinasihatkan agar menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi tujuan rawatan dan pemantauan,” katanya pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua mesej ucapan dan doa yang diterima sejak semalam.

“Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat dan doakan kesembuhan saya. Semoga dimakbulkan ALLAH,” ujarnya.



Pada Selasa, pejabat kementerian memaklumkan bahawa Hishammuddin disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Alami gejala, Hishammuddin dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker