Semarak Niaga beri nafas kepada peniaga, ekonomi negara

Semarak Niaga beri nafas kepada peniaga, ekonomi negara

TIDAK dinafikan ketika mana pandemik Covid-19 melanda negara, banyak perniagaan terjejas teruk sehingga menyebabkan ekonomi Malaysia terkesan.

Ada perniagaan yang terpaksa menanggung hutang yang tinggi, mengalami kerugian besar, bahkan terpaksa gulung tikar sekaligus menyebabkan ramai pekerja hilang punca pencarian.

Melihat kepada laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang mana 69.3 peratus daripada 32.4 juta orang penduduk Malaysia adalah umur bekerja (15 hingga 64 tahun), sememangnya kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk menangani isu tersebut.



Justeru, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan progam Semarak Niaga dengan peruntukan berjumlah RM40 bilion, inisiatif itu telah memberi nafas baharu buat peniaga dan ekonomi negara.

Langkah itu menurut Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mampu memberi manfaat kepada semua.

Katanya, pelbagai bantuan yang disediakan menerusi program Semarak Niaga dilihat mampu memulihkan kembali perniagaan-perniagaan yang sebelum ini terjejas teruk akibat Covid-19.

“Banyak bantuan merangkumi pelbagai jenis perniagaan disediakan dalam program tersebut.



“Sebagai contoh, sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN Nasional yang pada masa ini sedang memproses 23,277 permohonan untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM10,000,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel berkaitan: Semarak Niaga: RM40 bilion diperuntukkan, bantu pulih ekonomi negara

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, program Semarak Niaga juga amat penting buat syarikat yang berdepan dengan masalah keberhutangan yang tinggi.

Katanya, kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan ‘quasi-equity’ yang terdapat dalam program itu amat penting untuk membantu syarikat-syarikat tersebut.



Selain itu, katanya, jaminan pembiayaan perniagaan dalam Semarak Niaga juga dilihat mampu memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Katanya, skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang berjumlah RM22 bilion itu akan membantu syarikat yang sukar mendapatkan pembiayaan baharu sebelum ini.

“Ini penting kerana apa gunanya kerajaan memperuntukkan begitu banyak peruntukan pembiayaan kepada perniagaan tetapi banyak perniagaan yang didapati tidak layak untuk menerimanya.

Disebabkan itu, saya melihat SJPP ini mampu memastikan pembiayaan tersebut dapat memberi manfaat kepada semua jenis perniagaan yang mengalami kesukaran pembiayaan selama ini,” katanya. Utv

Semarak Niaga beri nafas kepada peniaga, ekonomi negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker