DAP perlu henti provokasi buruk imej Islam – ISMA
DAP perlu henti provokasi buruk imej Islam – ISMA
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memberi amaran kepada DAP agar berhenti membuat sebarang provokasi sehingga mencemarkan imej agama Islam di negara ini.
Naib Presidennya, Mohd Noor Azib Asmangi berkata, tindakan pemimpin DAP hanya menggambarkan institusi agama dan umat Islam di negara ini sebagai kejam.
“Bagi pemimpin parti politik terutama DAP berhenti membuat sebarang provokasi palsu yang menampakkan institusi agama dan orang-orang lslam itu kejam.
“Ia seolah-olah berlaku penculikan dan paksaan untuk beragama terhadap kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan seorang ibu tunggal dalam permohonan habeas corpus untuk mendapatkan tiga anaknya yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta.
Pada 2019, Siew Hong mendapat hak penjagaan sementara tiga anaknya dan hak penjagaan penuh pada Disember tahun lalu.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis bagi meminta kepulangan tiga anaknya yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah NGO mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Anak-anak Siew Hong kini berada bawah jagaan JKM sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.
Dalam pada itu, ISMA juga mahu semua ahli politik Islam tidak mengira parti agar memelihara akidah kanak-kanak yang telah menyatakan keislaman mereka secara sukarela.
“Perkembangan terkini melihatkan ibu kanak-kanak ini akan mencabar penukaran agama di mahkamah.
“ISMA mahu semua umat lslam untuk sama-sama mempertahankan akidah kanak-kanak ini dalam apa jua cara sekali pun,” katanya lagi. MG
DAP perlu henti provokasi buruk imej Islam – ISMA
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.