Penderaan senyap: Ibu bapa gesa selesai segera masalah beg berat

Penderaan senyap: Ibu bapa gesa selesai segera masalah beg berat

Isu beg sekolah berat yang gagal ditangani secara berkesan sehingga kini boleh dianggap sebagai satu “penderaan” kanak-kanak yang sedang membesar.

Presiden Persatu Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Mohamad Ali Hasan berpandangan masalah itu hanya boleh diselesaikan menerusi usaha bersepadu yang perlu daimbil segera, bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “penderaan senyap” demi kesihatan pelajar.



“Perlukah anak-anak, murid-murid dibiarkan (terpaksa) membawa setiap hari ‘bebanan’ tersebut? Apakah ini secara tidak langsung merupakan satu ‘penderaan’ kepada anak-anak yang sedang membesar itu.

“Kita inginkan anak-anak, murid-murid kita seronok datang ke sekolah tanpa ‘bebanan’ yang tidak sepatutnya, khususnya di sekolah rendah.

“Usaha bersepadu hendaknya dilakukan segera agar bukan saja menghentikan penderaan senyap beg sekolah berat tetapi yang lebih penting agar tidak terencat tumbesaran, kesihatan jangka panjang murid-murid yang sedang membesar ini,” katanya.

Awal bulan ini, Sinar Harian melaporkan dakwaan seorang doktor di Seremban bahawa anak perempuannya yang berusia 17 tahun terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya, ekoran rutin menggalas beg sekolah yang berat sejak sekolah rendah.



Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi dipetik berkata, tulang belakang anaknya telah bengkok 40 darjah.

Mohamad Ali mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah itu.

Menurutnya, pihak berwajib boleh memperkenalkan garis panduan berat beg sekolah, selain pelajar juga perlu didisplinkan agar membawa buku yang diperlukan sahaja.

“Penyediaan loker berkunci yang disewakan kepada pelajar juga boleh dilaksanakan, dengan locker disediakan PIBG/koperasi sekolah,” katanya lagi.



‘Sediakan tempat simpan buku’

Beberapa ibu bapa yang dihubungi Malaysiakini juga merungut berkenaan masalah sama dan mendesak kerajaan menyediakan penyelesaian tuntas.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Zin berkata isu beg berat boleh diatasi secara tidak langsung jika jumlah mata pelajaran dan buku berkaitan dikurangkan.

“Cuba bayangkan, satu subjek saja sekolah perlukan satu buku teks dengan dua buku nota. Kalau nak kirakan jumlah buku dibawa memang banyak,” katanya.



Tambah Zin, masalah beg berat juga boleh diatasi jika pihak sekolah menyediakan tempat khas di setiap kelas bagi menyimpan buku teks.

Seorang akauntan, Danial Zufar, 28, pula berpendapat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seharusnya diadaptasi bagi mengatasi masalah beban beg sekolah.

“Penyelesaian paling mudah ialah, berbalik kepada cara PdPR dijalankan dan gunakan konsep sama semasa sesi bersemuka.

“Pelajar diarah bawa buku yang benar-benar perlu saja, maka beg mereka tidaklah macam berisi batu bata,” katanya.



Bagi jururawat, Hidayah Fadzil, 26, dia berpendapat dengan perkembangan teknologi sekarang, sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mula beralih kepada buku digital, dengan pelajar dibekalkan dengan peranti yang mudah dibawa dan digunakan.

Dia juga berpendapat KPM perlu menyediakan kemudahan almari di sekolah untuk pelajar menyimpan buku teks mereka.

Idea itu juga disokong suri rumah, Raudzah Hasaim, 52, yang mengakui bersimpati melihat pelajar berulang-alik dengan bebanan beg yang begitu berat.

“Kadang-kadang, saya nampak beg sekolah lebih besar daripada diri mereka sendiri. Manakan tidak, buku yang perlu dibawa sangat banyak. Ada subjek yang memerlukan pelajar bawa beberapa buah buku,” katanya.



Raudzah juga berkata dia tidak faham mengapa pelajar diperlukan membawa beberapa buku untuk satu mata pelajaran. Malah, katanya, ada ketika tertentu buku tersebut tidak digunakan pun.

“Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan negatif kepada pelajar dalam jangka masa panjang,” katanya.

Pada Sep 2018 Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani timbalan ketua pengarah pelajaran (operasi) ketika itu, Aminudin Adam kepada pihak sekolah berhubung panduan bagi mengurangkan beban beg sekolah.

Pekeliling itu antara lain berkata pemantauan pihak kementerian mendapati beg sekolah, khususnya bagi murid sekolah rendah, masih berat. Antara faktornya adalah murid membawa terlalu banyak buku, seperti buku latihan dan buku swasta.

Ia menggariskan beberapa cadangan, antaranya pihak sekolah boleh menyusun semula jadual pembelajaran kepada tiga hingga empat mata pelajaran sehari dan mewujudkan sistem loker untuk pelajar.

Bagi pihak ibu bapa pula, kementerian antara lain menyarankan agar mereka menyediakan beg yang sesuai dan memupuk amalan memeriksa dan menyusun beg setiap hari.

Pekeliling itu juga menyarankan pengurusan sekolah menggunakan budi bicara bagi menangani masalah itu di sekolah masing-masing. Mk

Penderaan senyap: Ibu bapa gesa selesai segera masalah beg berat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker