Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong

Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong

Shikin Maembong menafikan ada menggunakan wang bekas mentua, Chef Wan ketika berkahwin dengan anak lelaki selebriti itu dan merasakan dirinya difitnah cef terkenal terbabit. sebenar, Shikin melalui perkongsian Instagram Story menafikan pendedahan yang dibuat chef terkenal itu dan menganggap dakwaan tersebut adalah satu fitnah.

Katanya, dia menjalankan perniagaan bersama bekas suami, Mohd Nadzri Redzuwan atau Chef Riz bagi menanggung sepenuhnya kos perkahwinan.



“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus daripada duit sendiri, saya dan bekas suami buat perniagaan Elken ketika itu.

“Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen pun guna duit bapa mertua.

“Apa yang dia pos adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” katanya tegas.

Sebelum ini, Cef Wan membuat hantaran di media sosial mendedahkan berasa terkilan selepas menerima surat tuntutan saman daripada Shikin selain mengatakan menanggung perkahwinan bekas menantunya itu.



Sementara itu, Shikin menuntut saman malu berpunca daripada teguran terbuka Cef Wan mengenai perbalahan Shikin dengan bekas suami, Nadzri berhubung soal anak.

Shikin atau nama sebenar Siti Nur Ashikin, mendirikan rumah tangga bersama Nadzri pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebelum bercerai pada 2016. K Online

Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/



Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker