Semarak Niaga komitmen kerajaan bantu perniagaan bangkit semula – Ismail

Semarak Niaga komitmen kerajaan bantu perniagaan bangkit semula – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) merupakan komitmen kerajaan untuk membantu perniagaan bangkit semula.

Menurut beliau, program itu juga bermatlamat untuk membina keupayaan dan daya saing mereka berikutan pandemik Covid-19 terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).



Oleh itu, katanya, melalui Bajet 2022, sebanyak RM40 bilion telah diperuntukkan bagi tujuan ini yang merangkumi pelbagai bentuk pinjaman, termasuklah suntikan ekuiti.

“Inisiatif ini juga mencerminkan semangat Keluarga Malaysia, di mana seluruh komuniti usahawan, iaitu daripada perusahaan mikro hinggalah syarikat tersenarai awam boleh memohon.

“Akibat pandemik Covid-19, kita tahu yang paling terkesan adalah golongan PMKS. Mereka perlu dibantu, tidak kira dari segi skim pembiayaan seperti pinjaman langsung, mahupun geran padanan supaya keupayaan mereka untuk memulakan semula perniagaan bagi jangka masa panjang dapat dijamin.

“Di bawah Semarak Niaga, kita juga ada jaminan pembiayaan yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) berjumlah RM22 bilion termasuk RM2 bilion khusus untuk Bumiputera,” katanya menerusi satu wawancara di sini hari ini.



Menurut Ismail Sabri, semua itu akan memudahkan PKS mendapat pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar untuk diperolehi.

Menerusi Semarak Niaga juga, beliau memberitahu, kerajaan mahu memastikan negara berada dalam landasan pemulihan ekonomi yang kukuh.

Katanya, dengan ketidaktentuan ekonomi negara sejak pandemik Covid-19 melanda, kesannya masih dirasai oleh seluruh komuniti perniagaan. K Online

Semarak Niaga komitmen kerajaan bantu perniagaan bangkit semula – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker