Sikap angkuh Syed Saddiq tidak jauh beza dengan Muhyiddin – Farhash

Sikap angkuh Syed Saddiq tidak jauh beza dengan Muhyiddin – Farhash

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menyambut baik idea penyatuan parti-parti politik pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk rundingan pembahagian kerusi serta perancangan bersama parti komponen.

Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador berkata, namun begitu, sifat angkuh dan sombong yang ditonjolkan rakan baharu Pakatan Harapan (PH) iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kelihatan menjejaskan keharmonian.

“Seolah-olah wujud agenda tersembunyi lebih besar. Walaupun perlu diakui bahawa ini adalah sebahagian proses demokrasi yang wajar dihormati, namun dalam membentuk kerjasama yang kuat dan utuh, ianya memerlukan keikhlasan dan kejujuran.

“Jika Muda tidak menggambarkan sikap toleransi baik dan tidak menghormati rakan, maka atas dasar prinsip demokrasi, Keadilan juga wajar meletakkan calon di kerusi-kerusi yang telah selesai proses rundingan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh mengesahkan telah menutup rundingan dengan Muda berkaitan pembahagian kerusi bagi PRN Johor.

Syed Ibrahim berkata, Muda telah menolak tiga kerusi yang ditawarkan oleh PKR kepada parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu.

Dalam pada itu, Farhash juga menyifatkan keangkuhan bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak ubah seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sikap Syed Saddiq dan Muda yang angkuh serta sombong tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu meneliti semula rundingan dan kerjasama bersama Muda, jangan biarkan pisang berbuah dua kali,” katanya lagi. MG

Sikap angkuh Syed Saddiq tidak jauh beza dengan Muhyiddin – Farhash


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker