Remaja 14 tahun upah pembunuh bunuh bekas kekasihnya
Remaja 14 tahun upah pembunuh bunuh bekas kekasihnya
Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan polis apabila cuba mengupah pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya ketika sambutan Hari Kekasih, lapor akhbar New York Post.
Menurut laporan polis, percubaan remaja itu untuk ‘membunuh’ bekas teman lelakinya yang juga berusia 14 tahun digagalkan selepas permintaannya dikesan sebuah laman web palsu iaitu RentAHitman.com.
Gadis yang tidak didedahkan identiti kerana di bawah umur telah ditahan selepas pentadbir laman web tersebut memaklumkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa.
Laman web RentAHitman.com hanyalah sebuah platform gurauan yang diwujudkan bagi individu berkongsi perasaan mengenai orang yang dibenci mereka.
Remaja itu kini ditempatkan ke Pusat Tahanan Juvana Baton Rouge Timur atas tuduhan cubaan membunuh.
Peguam remaja itu, Michael Nunnery sedang merayu agar tuduhan itu ditarik semula dengan alasan ia adalah kesalah juvana kali pertama remaja tersebut dan dia tidak berkemampuan untuk benar-benar melakukan jenayah tersebut.
“Ini adalah seorang kanak-kanak berusia 14 tahun, dia tidak mempunyai walau AS$5 (RM20) untuk mengupah seorang pembunuh upahan,” kata peguamnya. K Online
Remaja 14 tahun upah pembunuh bunuh bekas kekasihnya
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/