Tayar Tercabut Dari Lori Treler Bunuh Kerani Kilang

Tayar Tercabut Dari Lori Treler Bunuh Kerani Kilang

KUALA LANGAT: Seorang kerani sebuah kilang maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh tayar treler yang tercabut di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Setibanya di lokasi kejadian, tayar sebelah kiri bahagian belakang treler berkenaan pecah manakala tayar tengah sebelah kanan tercabut dan bergolek masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dari arah Saujana Putra menghala ke Pelabuhan Klang tidak sempat mengelak lalu melanggar tayar tersebut.

“Motosikal berkenaan hilang kawalan mengakibatkan mangsa tercampak dan jatuh di atas jalan.

“Mangsa yang cedera parah pada kedua belah kaki, tangan kanan dan bahagian dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kamalariffin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 untuk membantu siasatan,” katanya.-SH

Tayar Tercabut Dari Lori Treler Bunuh Kerani Kilang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker