Walaupun ayam mahal, harga nasi ayam hanya RM2

Tangkap layar gambar penjual nasi ayam yang dikongsi di laman Facebook Cik Puan Gojes.

PETALING JAYA – Meskipun harga ayam kini melambung tinggi di pasaran, namun ada lagi insan mulia yang sanggup menjual nasi ayam pada harga RM2 sebungkus.

Menariknya, selain nasi dan ayam yang telah dipotong, menu tersebut turut lengkap dengan sup kosong, sayur, kicap dan sambalnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook seorang guru dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG), menu nasi ayam tersebut dijual oleh seorang ibu kepada anak muridnya dikenali sebagai Sohaimi.

Menurut CPG, nasi ayam yang dijual wanita dikenali Fiza itu sangat murah berbanding di kedai lain dan selain itu katanya, wanita tersebut turut menawarkan khidmat bayar ketika penghantaran (COD).

“Murah sangat-sangat nasi ayam ini, nasi dan ayamnya juga banyak, hampa (anda) semua supportlah dia (Fiza),” kata CPG di laman Facebooknya.

Pada masa sama, CPG turut memesan 50 bungkus nasi ayam untuk disedekahkan kepada anak muridnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga nasi ayam terbabit yang teramat murah dan susah untuk dapat harga seperti itu memandangkan ketika ini ayam sangat mahal.

“Macam tak percaya harga RM2 nasi banyak, ayam banyak, dahla harga ayam mahal sekarang, ada lagi peniaga jujur seperti Fiza. Semoga Fiza sekeluarga dimurahkan rezeki,” tulis Siti Amni.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Raja Kewat.

“Semoga akak ini sentiasa dimurahkan rezeki, kalau dekat boleh selalu order (pesan) dengan akak ini,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shabery jawab ‘poddah’ Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker