Presiden Singapura perintah tangguh hukuman mati banduan IQ rendah

Presiden Singapura perintah tangguh hukuman mati banduan IQ rendah

Presiden Singapura Halimah Yacob tangguh sementara pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan Pausi Jefridin.

Peguam mewakili Pausi, M Ravi mengesahkan bahawa ia dilakukan melalui Perintah Tangguh (Respite Order).

“Presiden Singapura (Halimah) telah menghentikan hukuman dengan cara Perintah Tangguh […]

“Ia adalah perintah penangguhan sehingga semua ini (proses mahkamah) diselesaikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seksyen 313(h) Kanun Tatacara Jenayah Singapura membenarkan presiden memerintahkan penangguhan hukuman mati dan kemudiannya menetapkan masa atau tempat lain untuk hukuman mati.

Ravi menegaskan bahawa Perintah Tangguh bukanlah pengampunan, iaitu apabila hukuman mati ditukar kepada penjara seumur hidup.

Pausi, 37 dijadual digantung semalam (16 Feb) bersama warga Singapura Roslan Bakar berusia 51 tahun atas sabitan 2010 mereka kerana mengedar 96.06g heroin ke negara itu.

Ravi berkongsi surat hari ini yang mengesahkan Halimah turut menangguhkan hukuman mati Roslan.

Tiada tarikh pelaksanaan baru ditetapkan untuk kedua-dua banduan.

Pasukan undang-undang Pausi dan Roslan sebelum ini melancarkan permohonan semakan kehakiman pada saat-saat akhir.

Ini menyebabkan Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

Mahkamah Rayuan mendengar dan menolak rayuan itu petang semalam.

Menurut penasihat NGO Lawyers for Liberty, N Surendran, satu lagi permohonan telah difailkan dan dijadualkan didengar pada 28 Feb.

Peguam mereka berhujah bahawa Pausi mempunyai IQ 67 dan dengan itu dianggap mengalami kecacatan intelek manakala Roslan mempunyai fungsi intelek rendah.

Sebelum ini, peguam untuk seorang lagi banduan hukuman mati warga Malaysia di Singapura – Nagaenthran K Dharmalingam – telah mencabar hukuman mati dengan alasan IQ yang rendah.

Kes itu menjadi tajuk utama di media antarabangsa dan menarik tumpuan terhadap undang-undang hukuman mati di Singapura.

Rayuan Nagaenthran, mungkin yang terakhir, dijadualkan didengar minggu depan. Mk

Presiden Singapura perintah tangguh hukuman mati banduan IQ rendah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker