Pengislaman anak Loh sah di sisi undang-undang Perlis – Maza
Pengislaman anak Loh sah di sisi undang-undang Perlis – Maza
Pengislaman tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong sah bawah undang-undang negeri Perlis dan ia tidak boleh dipertikaikan, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata, bawah Enakmen Islam Perlis, sama ada bapa, ibu atau penjaga boleh mengislamkan anak di bawah umur.
“Geng DAP dan juga pelampau LTTE ini, mereka ini semua kata bahawa kita telah menyanggahi undang-undang, sebab masuk Islam tanpa persetujuan ibu, kerana nak masuk kena persetujuan ibu dan ayah.
“Saya ingin memberitahu bahawa pada tahun 2016 Dewan Undangan Negeri Perlis telah menggubal pentafsiran perkataan menganut Islam daripada ibu dan bapa kepada ibu atau bapa.
“Jadi dari segi undang-undang negeri Perlis tidak bertentangan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.
Mengulas lanjut, Asri berkata, Perlis masih mengguna pakai undang-undang itu, yang bermaksud dalam kes Loh, ia bukan satu kesalahan untuk bapa mengislamkan anak-anaknya.
Beliau berkata, apabila Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2003, baginda memainkan peranan penting dalam mengeluarkan teks Melayu yang sahih dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam teks sahih itu mengatakan ibu atau bapa, itu di peringkat persekutuan.
“Ini bukan soal tafsiran. Tolong jangan kata kami melanggar undang-undang.”
Katanya, undang-undang Perlis dalam bahasa Melayu dan ia menyatakan sama ada bapa atau ibu atau penjaga boleh menukar agama anak mereka. FMT
Pengislaman anak Loh sah di sisi undang-undang Perlis – Maza
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO