Virus Ebola boleh ‘bersembunyi’ dalam otak manusia
Virus Ebola boleh ‘bersembunyi’ dalam otak manusia
WASHINGTON – Saintis tentera Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa pesakit Ebola yang pernah pulih berpotensi dijangkiti semula, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Menurut mereka, virus itu berada di dalam sistem ventrikel otak dan menyebabkan jangkitan baharu dengan kesan kematian serupa selepas beberapa tahun.
Hanya 20 peratus mangsa didapati terselamat daripada jangkitan semula virus itu.
Kajian yang dijalankan ke atas monyet itu bertujuan mengkaji fenomena yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang terselamat daripada virus Ebola tetapi dijangkiti semula selepas beberapa tahun.
Data menunjukkan bahawa virus itu telah membunuh kira-kira separuh daripada mangsa yang dijangkiti dengan kadar kematian mencecah 90 peratus ketika lonjakan kes.
Penyelidik memulakan kajian selepas mendapati satu penularan berlaku di Guinea yang berasal dari seorang lelaki yang pernah pulih daripada Ebola pada lima tahun sebelumnya.
Menerusi kajian terbaharu, penyelidik meneliti otak-otak monyet yang sebelumnya dijangkiti untuk menemukan apa yang digambarkan sebagai ‘tempat virus bersembunyi’.
“Kajian kami adalah yang pertama ke atas monyet untuk mendedahkan tempat virus Ebola itu bersembunyi. Kami mengkaji apa yang menyebabkan jangkitan itu berulang sehingga membawa maut,’’ demikian kenyataan seorang saintis tentera, Dr. Kevin Zeng. K Online
Virus Ebola boleh ‘bersembunyi’ dalam otak manusia
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)