Tiada kemajuan dalam rundingan dengan Muda – Sumber PKR

Tiada kemajuan dalam rundingan dengan Muda – Sumber PKR

Rundingan kerusi antara PKR dan Muda bagi PRN Johor tidak menunjukkan sebarang kemajuan, kata sumber dalam parti itu.

Sumber itu diminta mengulas jemputan media berhubung majlis pengumuman calon PKR di semua 20 kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada parti itu esok.



“Sehingga kini tiada kemajuan dalam rundingan.”

“Jika tiada apa-apa perkembangan berkaitan, PKR akan buat keputusan esok,” kata sumber itu kepada Malaysiakini

Terdahulu jemputan media itu memaklumkan majlis pengumuman calon akan diadakan secara berperingkat di tiga lokasi berbeza bermula 11.30 pagi esok.

Seramai lapan calon akan diumumkan di Hotel Thistle, Johor Bahru, lima calon di Bilik Gerakan PKR DUN N25 Rengit, manakala tujuh calon lagi akan diumumkan di Hotel Pelican, Batu Pahat.



Untuk rekod, Amanah dan DAP telah memuktamadkan rundingan mereka dengan Muda pada 9 Feb lalu dengan menyerahkan enam kerusi kepada parti itu.

Sumber sebelum ini berkata permintaan Muda untuk mendapatkan kerusi Gambir dan Larkin sukar ditunaikan.

PKR sebaliknya bersedia menawarkan kubu kuat Umno di Sri Medan, Semarang dan Benut .

Sebelum ini ditetapkan bahawa syarat rundingan kerusi itu ialah mana-mana kerusi yang mahu ditandingi Muda bukan kerusi yang pernah ditandingi PKR pada pilihan raya umum lalu. Mk



Tiada kemajuan dalam rundingan dengan Muda – Sumber PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker