Saya reda dikompaun – Hishammuddin
Saya reda dikompaun – Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein reda dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada program pelancaran Briged MIC Johor, hari ini.
Hishammuddin yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) berkata, beliau akan berhadapan dan bertanggungjawab atas kesalahannya itu.
“Kalau kita langgar SOP kena bayar kompaun. Inilah saya punya kebimbangan. Bila kita buat program dan benarkan program politik, ia susah nak dikawal. Jadi jika tak boleh dikawal dan melanggar SOP, mereka terpaksa berhadapan dengan kompaun.
“Saya reda jika membabitkan diri sendiri sekali pun,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran program berkenaan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan tiga pemimpin BN yang hadir ke pelancaran Briged MIC Johor yang berlangsung petang tadi dikompaun kerana melanggar SOP.
Menteri, Khairy Jamaluddin, dilaporkan mengarahkan pegawai KKM Putrajaya mengeluarkan kompaun itu terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
Program pelancaran Briged MIC Negeri Johor diadakan di Stadium Tertutup Educity di sini bermula jam 5 petang tadi sebelum berakhir pada jam 7.15 malam tadi.
Kira-kira 3,000 ahli MIC hadir pada program berkenaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, apabila datang ke satu-satu program, beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
“Sebab itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini kita kena ambil kira kelonggaran yang diberi. Masalahnya kita susah nak kawal (jika program/kempen dibenarkan).
“Ini akan diambil kira Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti apabila nak menentukan SOP masa PRN Johor.
“Tapi bagi diri saya, jika ada kesalahan dalam pelanggaran SOP kali ini, nak ambil tindakan, saya alu alukan. Salah tetap salah,” katanya. BH
Saya reda dikompaun – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.