11 kematian baru Covid-19
Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 11 kematian baru Covid-19 semalam (13 Feb), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 32,125.
Kematian yang dilaporkan setiap hari melebihi 10 selama 3 hari berturut-turut.
Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 44.4 peratus atau 5 meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.
Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.
Kematian yang dilaporkan adalah di Sabah (5), Johor (4), Kelantan (1) dan Pahang (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Purata 12 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 13, menunjukkan aliran menaik.
Sehingga kini, 522 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.
Setakat semalam, terdapat 155,673 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 123.8 peratus daripada 69,572 jangkitan aktif seminggu lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 283.8 peratus daripada 40,558.
Daripada 21,072 kes baru semalam, sebanyak 407 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.
Daripada kes berkaitan kluster, 338 (83.0 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 43 (10.6 peratus) adalah dari tempat kerja.
Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (24 – 5.9 peratus), acara keagamaan (1 – 0.2 peratus) dan penularan komuniti (1 – 0.2 peratus).
11 kematian baru Covid-19
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
You must be logged in to post a comment.