Tular Sotong Hidup Celup Sos Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan [VIDEO]

Tular Sotong Hidup Celup Sos Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan [VIDEO]

Kementerian Kesihatan Thailand memberi amaran berkenaan hidangan sotong hidup dicicah sos pedas yang sedang tular berisiko menyebabkan keracunan makanan, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Penyediaan makanan itu bermula dengan memasukkan sotong hidup ke dalam sos cili yang pedas dan masam selama beberapa minit untuk membiarkan ia meresapnya.

Sesetengah orang akan mencelup sotong itu sekejap di dalam sos lalu memakannya dengan pantas.



Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Kesihatan, Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, sotong mentah hidup itu berpotensi mengandungi vibrio parahaemolyticus, bakteria yang boleh ditemui di dalam persekitaran hidupan marin yang boleh menyebabkan cirit birit dan muntah jika dimakan.

Beliau memberi amaran bahawa keracunan makanan yang teruk akibat memakan sotong mentah boleh menyebabkan kolitis ulseratif iaitu keadaan jangka panjang yang mengakibatkan radang rektum dan kolon.

Selain itu, sotong dan haiwan laut lain boleh membawa parasit yang juga boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan tindak balas lain jika dimakan mentah oleh manusia.

Menurut mereka, cara terbaik penyediaan hidangan sotong adalah dengan memasaknya terlebih dahulu pada suhu sekurang-kurangnya 70 darjah Celsius selama dua minit. Bahan-bahan tambahan juga harus dicuci dengan bersih sebelum dimasak. – Agensi



VIDEO DIBAWAH:-

Tular Sotong Hidup Celup Sos Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker