Pemandu lori maut terhimpit kenderaan sendiri

Pemandu lori maut terhimpit kenderaan sendiri

KALABAKAN: Seorang pemandu maut apabila lori yang dipandunya tergelincir dan terbalik akibat jambatan runtuh di Jalan Luasong Estet 04 di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, sebelum kejadian pada jam 1.30 petang itu, pemandu berkenaan sedang memandu lori yang membawa baja dari Tawau menuju ke Luasong.



“Apabila tiba di Jalan Luasong Estet 04 semasa menuruni jalan curam dan melalui jambatan di selekoh jalan lalu runtuh menyebabkan lori yang dipandu mangsa terbalik ke sebelah kanan jalan.

“Sebelum lori itu terbalik, mangsa bertindak hendak keluar dari lori dengan membuka pintu, namun gagal dan tersepit, menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya.

Pemandu itu dikenal pasti sebagai Jamaludin Raga, 49 tahun, berasal dari Batu 15 Jalan Apas.

Mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat selepas hasil ujian saringan COVID-19 diketahui.-AA
Pemandu lori maut terhimpit kenderaan sendiri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker