Ada agenda serang saya, jatuhkan SPRM – Azam Baki

Ada agenda serang saya, jatuhkan SPRM – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menjangka berdepan lebih banyak serangan peribadi dalam “masa terdekat” dalam cubaan individu tertentu menghakis kepercayaan awam terhadap badan anti-rasuah itu.

Meski pun Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak mendapati sebarang salah laku dalam isu saham yang dikaitkan kepadanya, Azam meramal, tekanan memaksanya untuk meletak jawatan akan berterusan susulan kes-kes rasuah berprofil tinggi disiasat SPRM.



“Saya rasa agenda segelintir individu (ialah) bukan sahaja mahu saya letak jawatan tetapi mahu menjatuhkan institusi SPRM itu sendiri lebih-lebih lagi apabila SPRM sekarang ini makin giat menyiasat kes-kes rasuah yang berprofil tinggi.

“Saya menjangka perkara ini tidak akan berakhir di sini malah akan ditimbulkan tohmahan (dan) isu lain terhadap saya di masa yang terdekat. Kalau (usaha ini) berjaya, bermakna tiada lagi mana-mana agensi yang boleh dipercayai untuk orang awam rujuk sekiranya terdapat isu- isu yang melibatkan rasuah,” katanya kepada FMT dan beberapa media terpilih, baru-baru ini.

Azam tidak menamakan kes berprofil tinggi yang dimaksudkan itu namun beberapa bekas menteri dan ahli politik telah dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah melibatkan jutaan ringgit.

Sebelum ini tiga timbalan beliau turut menyifatkan serangan terhadap Azam sebagai bermotif “politik dendam” dan menyatakan sokongan penuh terhadap beliau.



Pada 18 dan 19 Jan lalu, SC mengumumkan bahawa inkuiri SC tidak mengesan sebarang kesalahan yang melibatkan Azam dalam isu pemilikan sahamnya dan telah menutup fail inkuiri terhadapnya.

Sebelum itu, Azam menjelaskan beliau memenuhi segala keperluan undang undang berhubung transaksi itu pada tahun pada tahun 2015-2016.

Dalam wawancara terbaru, Azam menyifatkan serangan peribadi untuk menjatuhkan imej beliau dan SPRM sebagai sesuatu yang dirancang dengan teliti.

“Pada pandangan peribadi saya, ya… ia (dilakukan) sangat terancang oleh seseorang tetapi saya tak tahu (siapa). Itu sahaja yang saya dapat lihat daripada agenda yang dibangkitkan,” kata beliau.



Beliau menegaskan SPRM tetap komited melaksanakan amanah rakyat memerangi rasuah tanpa pilih kasih atau campur tangan mana-mana pihak.

Azam mengambil iktibar daripada apa yang dilaluinya untuk mengenal “siapa kawan dan siapa lawan.”

“Bila berlaku (serangan) kepada saya, saya anggap ini sebagai cabaran, apa lagi yang saya boleh buat. Saya perlu berlapang dada, terlalu banyak pengajaran yang dipelajari di sini.

“Saya juga benar-benar tahu siapa yang berada di belakang saya dan menyokong saya terutamanya, pegawai-pegawai saya,” katanya.



Berkongsi pengalaman sepanjang 35 tahun bersama SPRM, Azam berkata, beliau pernah menerima mesej “amaran” daripada individu yang tidak dikenali.

“Mesej maki hamun itu biasa…ada juga yang hantar mesej kata hati-hati, keluarga anda akan ditimpa musibah…(sila) hati-hati kalau tak kita akan sihir anda dan anak-anak anda. Mesej sebegitu ada tetapi ancaman bunuh yang betul-betul tiada,” katanya. FMT

Ada agenda serang saya, jatuhkan SPRM – Azam Baki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker